Tuesday, 25 October 2016

- aKu mAsIh dIsIni -

AKU PERNAH DISAYANGI DAN MENYAYANGI ..
DAN AKU TAHU BETAPA PERITNYA MENYINTAI DAN KEHILANGAN ..
AKU TAKUT ..
AKU BUTAKAN MATA AGAR AKU TAK NAMPAK SEGALA KELEBIHAN DAN KEBAIKAN,
AKU KUNCI RAPAT2 PINTU HATI NIE AGAR IA TAK AKAN TERBUKA OLEH SESIAPA ..
AKU RAPIKAN LANGSIR, AGAR TAK SIAPA BISA MENYINGKAPNYA LAGI ..
AKU BERLARI, TERUS BERALARI HINGGA SAATNYA AKU TERJATUH..
JATUH MENYEMBAH BUMI KERANA AKU TAK MAMPU MENOLAK FITRA WANITA DENGAN HATI YANG LEMBUT..
MUDAH DIHIBUR SAAT BERDUKA, MUDAH TERSENYUM SAAT GUNDAH, DAN MUDAH MELUPAI SEGALA KEPERITAN..
AKU CUBA BERLARI LAGI, BATAKAN SEGALA PERASAAN YANG MAKIN MENGEJAR ..
AKU SEMBUNYI DIBALIK POHONAN RIMBUN AGAR TAK SIAPA BISA MELIHAT AKU ..
AKU MENEKUP MULUT YANG TAK MEMPUNYAI KATA2 UNTUK MENYEMBUNYIKAN SEGALA RASA..
TAPI, AKU MASIH GAGAL MENGELAK FITRAH SEORANG MANUSIA YANG HIDUPNYA INGIN BERKASIH SAYANG ..
AKU BANGUN SEMULA, CUBA BERLARI BERGANDA DARI AWALNYA ..
JATUH TERSUNGKUR TERTIMPA DURI, AKU BANGUN, MENGATUR LANGKAH YANG KIAN PERLAHAN, AKU INGIN DIKEJAR SEPERTI AWALNYA..
TAPI HAKIKATNYA, AKU TAK LAGI DIKEJAR..
AKU TOLEH KEBELAKANG, AKU SENDIRIAN..
AKU BERTEDUH DIPOHONAN DAN BERHARAP AKAN WUJUD SAPAAN TAPI KOSONG..
AKU BANGKIT, MENGATUR SEMULA LANGKAH DAN MASIH BERHARAP AKAN HADIRNYA INSAN YANG TADINYA MENGEJAR ..
TAPI, HAMPA..
KOSONG TANPA SESIAPA ..
AKU MULA SEDAR, SAAT AKU BERLARI ., DIA RAKUS MENGEJAR..
TAPI.,
SAAT AKU BERHARAP UNTUK DIKEJAR AKU DITINGGAL PERGI ..
AKU LUPA, LUMRAH HIDUP MANUSIA..
AKU LEKA DENGAN PERMAINAN MAYA ..
AKU LALAI DENGAN TIPU DAYA KATA-KATA ..
KINI AKU CUBA MENGATUR SEMULA LANGKAH, MAKIN PERLAHAN BUKAN UNTUK DIKEJAR TAPI TERLALU PENAT UNTUK TERUS MELANGKAH ..




No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

..JuSt mE aNd yOu..